CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 13 October 2011

Kejadian Gerhana Penuh 16 Jun 2011


 
Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.
Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.
Moon enters penumbra: 2011 Jun 16  01:22:52
Moon enters umbra: 2011 Jun 16  02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16  03:21:57
Maximum eclipse: 2011 Jun 16  04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16  05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16  06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16  07:02:02
Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712
Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s

Wednesday, 12 October 2011

Pengenalan Gerhana...


Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain. Terdapat dua jenis gerhana:
  • Gerhana Matahari
  • Gerhana Bulan
Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan 'bumi' dan 'matahari', dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.

Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.
Solar eclipse animate (2009-Jul-22).gif
Gerhana juga boleh dibahagikan kepada:
  • gerhana penuh
  • gerhana separa
  • gerhana anulus
Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahayadilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi. Gerhana separa pula berlaku bila cuma sebahagian daripada objek tersebut dilindungi. Gerhana anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.
Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula beberapa kali setahun. Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi.

Wednesday, 5 October 2011

BZ....

Sory... dah lama cikgu tak jenguk blog nie, bukan apa sekarang nie tengah bz sesangat..al-maklumlah hujung tahun. Walaupun tahun 6 dah habis exam namun masih banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan. Emmm.... tahun 5 pula akan menyusul mengatur langkah meneruskan perjuangan dalam upsr tahun depan. Betul la pepatah ada mengatakan "agi idup agi ngelaban" selagi hidup selagi itu perlukan pengorbanan.  Insyaallah lepas nie akan disusuli dengan post yang baru. Harap2 segala ilmu yang dikongsi ini bermanfaat buat murid2 cikgu sekalian.