CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 17 December 2011

Gerhana bulan 10 disember 2011

Pada 10 Disember lalu berlaku gerhana bulan total (penuh). Bukan mudah untuk kita melihat peristiwa sebegitu. Terkesima cikgu melihatnya. Subhanallah.. Maha Besar Allah yang telah menciptakan segala kejadian dilangit dan dibumi. Nanti cikgu akan uploadkan gambar kejadian gerhana tersebut.

Monday 5 December 2011

gerhana matahari

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.
Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.
Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

cuti sekolah..

Hai... dah lama cikgu tak update blog cikgu nie.. mcm mn ngan cuti sekolah??? walaupun cuti, pelajaran jangan dilupakan. Especially murid-murid yang bakal menduduki upsr tahun hadapan. Bersiap sedia dari awal, jangan nak berak nanti baru nak gali lubang... Lepas ni cikgu nak masukkan post-post yang baru,harap anak-anak semua dapat baca dan fahaminya. Tajuk gerhana adalah di antara tajuk yang famous dalam soalan upsr bahagian B. Disamping memahaminya sebagai pelajaran dalam mata pelajaran sains, kita juga boleh menghayati ciptaan Tuhan yang cukup mengagumkan.... Oh gerhana...

Tuesday 8 November 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha..

Selamat Hari Raya... Hayatilah apa maksud sebenar hari raya korban. Adakah sekadar mengorbankan seekor lembu.. Wahai anak-anak murid sekalian, berkorban banyak ertinya, banyak caranya. Sebagai seorang murid jika berkorban masa bermain, tidur, lepak bersama kawan dan sebagainya untuk belajar itu dah di kira satu pengorbanan yang besar. Semoga tahun ini kita dapat berkorban sesuatu demi mencari keredhaan dari Ilahi.. Semoga dengan pengorbanan yang kita lakukan akan mendapat ganjaran di dunia dan juga di akhirat..

Sunday 16 October 2011

Blog dah lebih canggih...

Assalammualaikum....

Cuti 2 hari nie dapatlah ruang rehat sikit... Jadi cikgu ambik kesempatan untuk update kan blog cikgu nie.. Cikgu dah tambah banyak post dan ada juga halwa telinga dan mata untuk anak-anak sekalian... Kalu nak tahu halwa apa kn lah belek2 blog cikgu nie yer... Jangan lupa baca post-post yang baru cikgu masukkan. Semoga kalian akan lebih faham tentang gerhana bulan dan matahari... Insyaallah..

perbezaan antara gerhana bulan dan gerhana matahari.

mari dengar cerita....

Animasi gerhana matahari....

Para pelajar bolehlah menonton video animasi ini untuk melihat bagaimana gerhana bulan berlaku.
http://youtu.be/zjpzYOM4G5s

Thursday 13 October 2011

Kejadian Gerhana Penuh 16 Jun 2011


 
Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.
Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.
Moon enters penumbra: 2011 Jun 16  01:22:52
Moon enters umbra: 2011 Jun 16  02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16  03:21:57
Maximum eclipse: 2011 Jun 16  04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16  05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16  06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16  07:02:02
Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712
Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s