CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 17 December 2011

Gerhana bulan 10 disember 2011

Pada 10 Disember lalu berlaku gerhana bulan total (penuh). Bukan mudah untuk kita melihat peristiwa sebegitu. Terkesima cikgu melihatnya. Subhanallah.. Maha Besar Allah yang telah menciptakan segala kejadian dilangit dan dibumi. Nanti cikgu akan uploadkan gambar kejadian gerhana tersebut.

Monday 5 December 2011

gerhana matahari

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.
Gerhana matahari berlaku selama 7 minit 30 saat pada tempat yang paling lama. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.
Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana.

cuti sekolah..

Hai... dah lama cikgu tak update blog cikgu nie.. mcm mn ngan cuti sekolah??? walaupun cuti, pelajaran jangan dilupakan. Especially murid-murid yang bakal menduduki upsr tahun hadapan. Bersiap sedia dari awal, jangan nak berak nanti baru nak gali lubang... Lepas ni cikgu nak masukkan post-post yang baru,harap anak-anak semua dapat baca dan fahaminya. Tajuk gerhana adalah di antara tajuk yang famous dalam soalan upsr bahagian B. Disamping memahaminya sebagai pelajaran dalam mata pelajaran sains, kita juga boleh menghayati ciptaan Tuhan yang cukup mengagumkan.... Oh gerhana...